fbpx

Kempen 12.12 CBP tawar hadiah lebih RM65,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairil Anuar

PETALING JAYA – Co-opbank Pertama (CBP) telah menawarkan hadiah lebih daripada RM65,000 untuk semua pelanggannya  menerusi kempen 12.12 yang sedang bermula dan bakal berakhir pada 31 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, promosi 12.12 itu diadakan semula ekoran sambutan menggalakkan diterima daripada pelanggan menerusi promosi sama pada bulan November lalu.

“Bagaimanapun untuk promosi kali ini, CBP menyasarkan kepada pelanggan baharu terutamanya golongan wanita mendapatkan Pembiayaan Peribadi-i di CBP.

“Hadiah utama yang ditawarkan adalah Samsung Galaxy Tab A dan juga baucar  barangan kemas yang boleh ditebus di kedai barangan kemas terpilih,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Khairil Anuar menerangkan, untuk melayakkan mereka memenangi hadiah yang ditawarkan ini, pelanggan perlulah menghantar permohonan baharu yang diterima dalam bulan November dan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh bank

“CBP menawarkan pelbagai produk perbankan yang diperlukan oleh masyarakat dan dengan adanya promosi ini, ia bakal mengembangkan jumlah  pelanggan kami,” ujarnya.

Selain daripada pembiayaan peribadi, bank tersebut turut menawarkan perkhidmatan kewangan lain seperti pembiayaan perumahan, pembiayaan koperasi dan korporat, Ar Rahnu dan juga takaful. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI