PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli di Kementerian Kewangan di sini bagi membincangkan mengenai isu berkaitan aspek pembangunan dan kemakmuran di negeri itu.
Perdana Menteri berkata, pertemuan itu diharapkan dapat mengeratkan lagi kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus diutamakan.
“Pertemuan ini bagi membincangkan isu terkait aspek pembangunan dan kemakmuran negeri Perlis.
“Semoga kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook tadi.
Terdahulu, Mohd. Shukri ketika ditemui di Kementerian Kewangan menjelaskan pertemuan bersama Perdana Menteri merupakan agenda biasa sahaja dengan memberi tumpuan kepada aspek pembangunan negeri Perlis. -KOSMO! ONLINE














