fbpx

Ronald Kiandee dilantik teraju Bersatu Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald.

PETALING JAYA – Bekas Menteri Pertanian Industri dan Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee dilantik Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah.

Beliau yang juga Naib Presiden Bersatu turut dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional (PN) Sabah.

Perkara itu diumumkan Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau sebentar tadi.

Menurut Muhyiddin, Ronald akan bertanggungjawab untuk menyelia dan menguruskan Bersatu Sabah dan PN negeri itu sehingga penyusunan semula dibuat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan Majlis Tertiggi (MT) PN.

Jelas Ahli Parlimen Pagoh itu, Bersatu Sabah kekal wujud dan berfungsi walaupun mantan Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan pengikutnya mengumumkan keluar parti.

“Badan Pimpinan Negeri, Bahagian dan Cawangan Bersatu di negeri Sabah ditubuhkan oleh MPT dan hanya MPT yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan parti untuk menentukan kedudukannya,” katanya.

Pada masa sama, beliau melahirkan rasa dukacita dengan sikap mantan kepimpinan Bersatu Sabah yang tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti yang telah meletakkan mereka pada kedudukan yang tinggi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu.

Lebih-lebih lagi, kata beliau, kemenangan mereka dalam PRN yang lalu atas tiket PN.

“Saya percaya ahli-ahli Bersatu di Sabah yang setia dengan perjuangan akan terus kekal berada di dalam parti yang merupakan parti komponen PN di peringkat Persekutuan,” katanya.

Mengulas mengenai kedudukan empat Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding menggunakan logo Gerakan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, Muhyiddin berkata, ia akan ditentukan berdasarkan undang-undang antilompat parti di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI