fbpx

Kebocoran bahan kimia dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Bomba dan Unit Hazmat mengesan kebocoran bahan kimia Asid Hidroklorik daripada tong di sebuah kilang di Jalan Tanjung Bunga, Taman Tasik Jaya di sini. - FOTO/ IHSAN BOMBA

SEREMBAN – Kebocoran bahan kimia jenis Asid Hidroklorik dikesan di sebuah kilang di Jalan Tanjung Bunga, Taman Tasik Jaya di sini tengah malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban, Timbalan Penguasa Bomba, Mohamad Idris berkata, anggota BBP Senawang dibantu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Seremban 2 dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.40 tengah malam.

“Sebaik tiba, pegawai operasi mendapati sebuah tong berisi 1,000 liter bahan kimia Asid Hidroklorik telah mengalami kebocoran sebanyak 250 liter.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya di sini hari ini.

Mohamad berkata, pihaknya bersama unit Hazmat telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI