fbpx

Meriahnya adik-beradik Melvin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIK-BERADIK Melvin yang terdiri daripada, Syafiqa, Syatilla, Syifa dan Syida yang sama cantik dan memiliki karakter gila-gila.

SEJAK selebriti media sosial, Syifa Melvin mendirikan rumah tangga dua minggu lalu, adik-beradiknya yang lain turut mencuri perhatian ramai.

Masakan tidak, gelagat bersahaja mereka empat beradik iaitu Syatilla Melvin, Syafiqa Melvin, Syifa Melvin dan Syida setiap kali bersiaran langsung sememangnya membuatkan netizen tidak kering gusi.

Paling lucu ketika mereka bersiaran langsung usai majlis perkahwinan Syifa dan Safawi Rasid.

Rata-rata menyifatkan mereka sebagai adik-beradik yang kelakar dan ‘tiada perasaan’ setiap kali mengusik antara satu sama lain.

“Kalau jadi adik-beradik mereka, tak boleh ada perasaan sentap. Pecah perutlah!” komen netizen.

“Riuh-rendah sungguh keluarga Melvin. Semuanya ‘masuk air’,” kata seorang lagi netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI