fbpx

Hamzah Zainudin dilantik ketua pembangkang di Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah.

KOTA BHARU – Mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) melantik Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang bagi mewakili PN di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan melantik Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa PN beberapa hari lalu.

“Satu jawatan kuasa dalam dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN telah dibentuk dan bersetuju melantik Hamzah sebagai ketua pembangkang.

“Selain itu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai ketua Ahli Parlimen PN manakala Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai timbalan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis kesyukuran meraikan jentera pilihan raya, Dewan Undangan Negeri Bunot Payung di sini hari ini.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, pencalonan Hamzah sebagai ketua pembangkang telah dihantar ke Dewan Rakyat.

Menurutnya, selain itu, Jawatankuasa PN turut bersetuju melantik beliau sebagai ketua whip PN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.