fbpx

27 timbalan menteri selesai angkat sumpah jawatan Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
27 Timbalan Menteri selesai mengangkat sumpah di Istana Negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 27 pemimpin selesai mengangkat sumpah jawatan Timbalan Menteri baharu di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini hari ini.

Mengetuai istiadat tersebut ialah dua Timbalan Menteri Kewangan masing-masing Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong disusuli Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang; Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibullah; Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin dan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Turut mengangkat sumpah jawatan ialah Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan,  Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk, Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mohammad Yusof Apdal.

Selain itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup; Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh; Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin.

Ia juga melibatkan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan; Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching; Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying; Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Adam Adli Abd Halim; Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustafa @ Mohd Yunus Sakmud; Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak), Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Turut menangkat sumpah jawatan dua Timbalan Menteri lantikan senator iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, K. Saraswathy.

Terdahulu, Fuziah dan Saraswathy selesai menangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim di Bangunan Parlimen pada pukul 9.04 pagi tadi.

Istiadat tersebut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Turut menyaksikan istiadat angkat sumpah jawatan itu Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Majlis istiadat tersebut berlangsung hampir sejam bermula pukul 3 petang tadi di Balairong Seri Istana Negara.

Saf pentadbiran kerajaan baharu pimpinan Anwar ketika ini terdiri daripada dua Timbalan Perdana Menteri , 28 Menteri Kabinet serta 27 Timbalan Menteri sekali gus melengkapkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Kesemua mereka diumum sebagai ahli pentadbiran negara baharu oleh Anwar selepas beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Seri Paduka pada 24 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI