fbpx

Toby baik, hanya ‘diikat’ dengan kepercayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menerusi video yang memaparkan seekor biawak bernama Toby yang sedang berjalan-jalan bersama tuannya.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki membela biawak mengundang rasa hairan dan pertikaian ramai yang menyifatkan reptilia itu berbahaya dan boleh ‘makan tuan’.

Menerusi perkongsian @ekalmujib di TikTok, rata-rata netizen teruja melihat dia bermain dengan haiwan peliharaannya dikenali ‘Toby’ dan tidak kurang juga mengeluarkan kata-kata sindiran kepadanya.

“Tidak semua haiwan berbahaya dan jahat. Tetapi, jika terjumpa biawak liar, jangan memperlakukannya seperti Toby pula.

“Segera menjauhkan diri jika berasa haiwan itu akan memberi ancaman kepada kita,” katanya menjawab pertanyaan yang dilontarkan oleh netizen yang mempertikaikan tindakannya membela biawak.

Tambahnya, meskipun masyarakat mengatakan bahawa haiwan reptilia tidak akan mengenali tuannya tetapi sekurang-kurangnya dia mengenali haiwan tersebut.

“Dulu, Toby perlu diikat bagi mengelakkan daripada lari tetapi kini dia hanya perlu diikat dengan kepercayaan,” ujarnya lagi.

Rentetan itu, video tersebut seterusnya mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang melahirkan hasrat untuk membela harimau.

“Ya Allah, comelnya. Saya hendak membela harimau saja tidak dibenarkan oleh ibu, apatah lagi hendak pelihara biawak seperti Toby ini,” kata seorang netizen.

“Abang dia memang suka merangkak ya? Mungkin selepas ini, bolehlah mengajar dia berdiri pula,” seloroh seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI