fbpx

Pelajar kolej 18 tahun jadi datuk bandar kulit hitam termuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jaylen Smith - Foto Jaylen Smith

LITTLE ROCK – Seorang pelajar baru kolej yang berusia 18 tahun kini menjadi datuk bandar kulit hitam termuda dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita NBC semalam.

Sebelum ini, datuk bandar itu, Jaylen Smith yang mewakili Parti Demokrat menewaskan lawannya, Nemi Matthews iaitu seorang penyelia kebersihan untuk jawatan tersebut di Earle iaitu sebuah bandar kecil di negeri Arkansas.

Smith merupakan lulusan Sekolah Menengah Earle menang dengan mendapat undi sebanyak 235 berbanding Matthews yang memperoleh 185 undi di bandar itu. Earle mempunyai seramai 1,831 penduduk.

“Terasa hebat. Generasi dan generasi manusia akan membaca tentang detik bersejarah ini,” katanya seperti dilaporkan oleh NBC dan menyatakan bahawa ibu bapanya berasa bangga dan telah menyokong kempennya.

Smith berkata, beliau memutuskan untuk bertanding jawatan Datuk Bandar pada permulaan tahun seniornya dengan mendapat galakan daripada rakan-rakannya.

Kini, sebagai Datuk Bandar yang dipilih, Smith berkata, beliau merancang untuk memberi tumpuan kepada pengangkutan, keselamatan awam dan membawa kedai runcit utama ke bandar tersebut. 

Meningkatkan akses penduduk kepada sumber makanan adalah sebab mengapa Smith berkata dia sangat berminat dengan tugas baharunya itu.

“Kami mempunyai sebuah (kedai runcit) lama dahulu, tetapi ia sudah ditutup. Warga tua kami tidak mempunyai pengangkutan untuk pergi dan balik dari Memphis Barat untuk mendapatkan makanan. Jadi, adalah lebih baik untuk mempunyai kedai runcit di bandar ini,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI