fbpx

Mahkamah: Siti Bainun gagal dapat rakaman percakapan 15 saksi yang ditawar pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun.

KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan rakaman percakapan 15 saksi yang ditawarkan pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas meneliti permohonan yang telah dikemukakan pihak pembelaan pengasas rumah kebajikan itu.

Sementara bagi satu lagi permohonan Siti Bainun untuk memanggil semula tiga saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan, mahkamah belum memutuskan sebarang keputusan atas alasan memerlukan senarai nama saksi yang diperlukan dan muktamad.

Pada 24 November lalu, Siti Bainun diperintah bela diri membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella.

Untuk rekod perbicaraan kes itu bermula 30 Mac lalu (2022) dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah mangsa iaitu Bella, pakar psikiatri Dr. Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, pakar bedah plastik, Dr. Salmi Mohamed Shukur.

Selain itu ialah bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang merupakan saksi pendakwaan kelima.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI