fbpx

Ambil lesen ibarat tunggu giliran haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Tiktok penuh dengan kandungan lucu. Salah satunya netizen mudah terhibur dengan pelbagai gelagat segelintir individu yang sedang belajar mengambil lesen memandu.

Pemilik akaun itu bijak dengan menjadikan gelagat pemandu baharu itu sebagai alat pemasaran. Lebih lucu apabila gaya guru memandu itu membuat komen berdasarkan cara pemanduan calon di litar ujian mengundang tawa sesiapa yang menontonnya.

Ada yang tidak lepas membuat reverse parking tetapi sudah angkat tangan seolah berjaya, mengambil selekoh hingga tayar naik ke atas pembahagi jalan, melanggar tiang, memandu sebelah tangan semacam profesional, salah pusing stereng dan macam-macam lagi.

Baru-baru ini ada seorang kenalan memberitahu, dia begitu teruja apabila sampai gilirannya untuk mengambil ujian memandu selepas lama menunggu. Namun, kecewa pada akhirnya apabila dia gagal ketika membuat ujian jalan raya.

Oleh sebab itu, dia perlu membeli semula test card (kad ujian) baharu untuk membolehkan dia menduduki semula ujian berkenaan. Harganya pula RM170.

Untuk mengambil lesen memandu ketika ini memerlukan modal besar. Jika kad ujian sahaja sudah mencecah RM170, apatah lagi kos untuk belajar daripada awal hinggalah kepada hari ujian sebenar.

“Aku perlu tunggu lagi tiga bulan untuk ujian jalan raya. Terlalu ramai yang menunggu giliran dan sementara hendak dapat lesen, terpaksalah pergi dan balik kerja naik e-hailing,” katanya.

Ketika negara dilanda Covid-19, pusat memandu antara premis yang terkesan selepas diarahkan untuk menghentikan sementara latihan.

Ia menyebabkan ramai individu yang ingin mengambil lesen memandu terpaksa menangguhkan hasrat mereka.

Apabila negara sudah beralih ke fasa endemik, calon yang terkandas itu tadi terpaksa pula menunggu giliran kerana senarai yang terlalu panjang.

Ia ibarat hendak menunggu giliran pergi haji. Walaupun tidaklah terlalu lama sehingga memakan masa bertahun, tetapi penangguhan berbulan sememangnya memberi tekanan kepada calon.

Penantian yang terlalu lama akan menyebabkan sebahagian calon terlupa apa yang pernah dipelajari.

Dakwaan kawan tadi ada juga benarnya kerana berdekatan rumah penulis terdapat sebuah pusat memandu yang sentiasa penuh. Setiap kali hendak balik dan pergi kerja, ada sahaja kereta dipandu calon keluar masuk.

Situasi itu membuatkan kita teringat sewaktu mula-mula hendak mengambil lesen memandu. Sama sahaja situasinya cuma kosnya sahaja berbeza. Jauh berbeza.

Calon memandu dengan penuh hati-hati dan siapa yang berada di belakangnya, perlu memandu pada kelajuan yang dipandu oleh mereka. Makin bertambah kenderaan di belakang, makin panjang pula barisan.

Bersyukurlah kepada sesiapa yang lulus pada kali pertama kerana dia tidak perlu mengulang dan menunggu untuk beberapa bulan.

Anda sememangnya hebat dan dapat menyerap tekanan dengan adanya pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan di sebelah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI