fbpx

10 perkampungan Hulu Terengganu dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Kelesom termenung melihat halaman rumahnya yang ditenggelami banjir sedalam 0.5 meter di Kampung Kepah, Hulu Terengganu, hari ini.

HULU TERENGGANU – Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan lebih 10 buah kampung di daerah ini mula dinaiki banjir, hari ini.

Antara perkampungan terlibat ialah Kampung Kuala Ping, Tengkawang, Kepah, Matang, Nibong serta Paloh Nyior, Lubuk Periuk dan Kampung Peneh, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Hanafi Mohd. berkata, namun setakat ini masih tiada keperluan untuk membuka pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini.

“Pada mulanya, dua keluarga terdiri daripada enam mangsa di Kampung Cheting di sini berpindah ke masjid berhampiran ekoran banjir kilat pada pukul 10 malam tadi.

“Mereka pulang ke rumah masing-masing beberapa jam kemudian ekoran banjir sudah surut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk, Cik Wan Kelesom Wan Ahmad, 58, berkata, halaman rumahnya di Kampung Kepah di sini, sudah dinaiki banjir sedalam 0.5 meter sejak pukul 10 malam kelmarin.

“Saya bersedia untuk berpindah (ke PPS) bila-bila masa apabila diarah pihak berkuasa kelak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI