fbpx

Pekerja makan gaji buta saman majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mills dibayar gaji tetapi tidak melakukan sebarang pekerjaan di Irish Rail. - Irish Rail

DUBLIN – Seorang pekerja syarikat pengendali rangkaian kereta api di Dublin, Ireland, yang dibayar gaji sebanyak £105,000 setahun (RM560,729) bertindak menyaman majikannya kerana mendakwa menjadi mangsa buli di tempat kerja, lapor laman berita Wion News.

Dermot Alastair Mills, memberitahu Suruhanjaya Perhubungan Tempat Kerja bahawa dia tidak melakukan apa-apa semasa bekerja sebagai pengurus kewangan untuk firma Irish Rail.

Menurutnya, sebahagian besar masanya di tempat kerja dihabiskan dengan membaca surat khabar, makan sandwic dan berjalan-jalan.

Mills berkata, setiap hari, dia cuma menghidupkan komputer dan membaca e-mel namun, tiada yang berkaitan dengan pekerjaannya, tiada mesej atau komunikasi bersama-sama rakan sekerja. 

Daripada lima hari waktu bekerja, Mills mendedahkan bahawa dia memasuki pejabat hanya dua hari seminggu dan disebabkan tidak banyak yang perlu dilakukannya, dia sering pulang awal.

Tambahnya, walaupun menerima kenaikan pangkat pada 2010, dia terpaksa mengambil cuti sakit selama tiga bulan.

Majikannya kemudian menjanjikan bahawa dia akan menerima jawatan, gaji serta pangkat yang sama, menyebabkan dia kembali bekerja semula.

Menurut Mills, dia dilarang daripada menggunakan kebolehannya di tempat kerja ketika memberikan keterangan pada perbicaraan di Suruhanjaya Perhubungan Tempat Kerja baru-baru ini.

Namun, Hakim Penelope McGrath yang mendengar permohonannya berkata, beliau akan menjemput pihak majikan untuk hadir secara sukarela sebelum mempertimbangkan untuk memberikan sebarang keputusan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI