fbpx

Johor bakal pengeluar utama kelapa 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHARI ketika menjawab menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Datuk Jefridin Atan pada sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri merancang membangunkan kawasan tanaman kelapa seluas 1,325 hektar dengan unjuran pengeluaran sebanyak 124,313 tan metrik menjelang tahun 2027.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, ini bertujuan memenuhi keperluan kelapa negara dan mengekalkan Johor sebagai pengeluar utama kelapa.

“Johor merupakan pengeluar benih kelapa utama dalam negara, namun keperluan benih kelapa setahun dianggarkan sebanyak 53,000 benih kelapa.

“Ia tidak mencukupi kerana kemampuan pengeluaran benih kelapa yang dikeluarkan oleh Pusat Pertanian Jorak (Pusat Bekalan Benih Kelapa) ialah sekitar 28,000 benih kelapa setahun.

“Kerajaan Negeri telah merancang untuk meningkatkan lagi pengeluaran benih kelapa dengan memperkasakan lagi pusat pengeluaran benih kelapa seperti di Taman Pertanian Johor, Kong Kong, Masai, Parit Botak Batu Pahat di bawah kelolaan Jabatan Pertanian,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Datuk Jefridin Atan mengenai insiatif kerajaan Negeri untuk membantu peladang dalam usaha meningkatkan kembali penanaman pokok kelapa yang semakin kurang di negeri Johor.

Zahari yang juga ADUN Buloh Kasap berkata, untuk rekod keluaran tanaman kelapa di Johor adalah seluas 12,151 hektar melibatkan 9,898 pengusaha dengan hasil keluaran 118,278 tan metrik pada tahun lalu.

Beliau berkata, jumlah keluaran ini adalah melebihi anggaran keperluan permintaan kelapa di negeri ini iaitu kira-kira 105,000 tan metrik setahun.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI