fbpx
Brocarde mendakwa berkahwin dengan hantu lelaki pada bulan lalu. - MailOnline

Hantu rosakkan bulan madu wanita jadi ‘isterinya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARDIFF – Seorang penyanyi wanita, Brocarde mendakwa bahawa percutian bulan madunya dirosakkan oleh hantu lelaki yang sudah dikahwininya di Wales, lapor portal berita indy100 semalam.

Dia yang juga seorang penulis lirik, berkenalan dengan hantu tersebut apabila ia membuat kejutan di bilik tidurnya sebelum dia mendirikan ‘rumah tangga’ bersamanya di sebuah gereja kecil di London pada perayaan Halloween bulan lalu.

Brocarde mendakwa hantu tersebut bernama Edwardo dan pernah hidup pada zaman Victoria iaitu ketika Ratu Victoria memerintah Britain pada tahun 1837 hingga awal tahun 1900-an.

Dia memberitahu program televisyen ITV tentang percutian bulan madu yang dirosakkan oleh hantu itu ketika berada di Pulau Barry, selatan Wales baru-baru ini.

Menurutnya, dia diselubungi pasir dan berakhir dengan kon ais krim ditolak ke mukanya selepas Edwardo cuba bergaduh dengannya di pantai sehingga berguling-guling berhampiran laut.

“Seluruh perjalanan kelihatan semakin teruk dan lebih teruk. Edwardo fikir ia romantis apabila bergelut dengan saya ke tanah untuk bermain-main di pasir. Saya cuba berkongsi ais krim dengannya.

“Namun, ais krim itu mengenai muka, rambut saya dan tentu saja terdapat pasir yang melekat jadi, saya kelihatan seperti bergaduh dengan burung camar gergasi,” ujarnya. – Agensi

 

POPULAR