fbpx

18 syarikat sedia jadi tenaga pengajar usahawan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ali menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Reyoung Beaute (M) Sdn Bhd, Lim Chiew Harb (kiri) pada Majlis MoU SMART Partnership Anugerah Usahawan IKS Kebangsaan 2022 di Hotel Everly di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Malaysia dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Putrajaya komited membantu usahawan baharu khususnya golongan ibu tunggal, B40 dan miskin.

Pengerusi DMDI Putrajaya, Datuk Joyah Abd. Rashid berkata, hasrat itu akan dicapai menerusi kerjasama dengan 18 syarikat yang bertindak sebagai tenaga pengajar.

Beliau berkata, pihaknya bersama tenaga pengajar yang dilantik bersedia menawarkan pendidikan dan kemahiran kepada golongan memerlukan dalam pelbagai bidang perniagaan.

“Setakat ini, lebih 60 syarikat berminat menyertai kerjasama itu dan sudah mempunyai rangkaian pasaran produk di 23 buah negara,” katanya ketika ditemui pada majlis memetrai memorandum persefahaman (MoU) bersama 18 buah syarikat, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Presiden DMDI yang juga Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan Pengerusi DMDI Malaysia, Datuk Md. Nasir Ghani.

Katanya, pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa kementerian termasuk Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Pembangunan Koperasi dan Usahawan (KUSKOP) bagi melancarkan program itu.

Dalam pada itu, Joyah berkata, program hari ini turut mengumpul dana bagi membantu persatuan menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan menyalurkan bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI