fbpx

13 PATI Myanmar, Bangladesh dicekup dalam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat remaja Myanmar berusia berusia 13 hingga 16 tahun yang ditahan di Kampung Lubok Kawah, Pasir Mas semalam. FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar dan Bangladesh dicekup dalam tiga pemeriksaan di sini dan satu di pangkalan haram Pasir, Rantau Panjang semalam.

Kesemua PATI yang berusia dalam lingkungan 13 hingga 42 tahun itu ditahan semasa sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, dalam serbuan pertama di kawasan Bukit Lata, Jeram Perdah di sini, anggota PGA menahan tiga wanita dan seorang lelaki warga Myanmar berusia anatara 20-an hingga 30-an kira-kira pukul 5.55 pagi.

Menurutnya, kesemua PATI yang ditahan itu sedang berjalan kaki melintasi pos Bukit Lata di sini dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan mendapati, mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah. Berdasarkan siasatan, kesemua PATI memasuki negara ini secara haram dengan menaiki perahu melalui Sungai Golok.

“Kira-kira pukul 9.45 pagi, anggota PGA menahan lima lagi PATI warga Myanmar yang terdiri daripada empat remaja berusia 13 hingga 16 tahun dan seorang lelaki berusia 24 tahun di Kampung Lubok Kawah di sini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, anggota PGA terus menjalankan pemantauan di sekitar Jalan Kasban-Jeram Perdah di sini sebelum melihat dua lelaki Myanmar berada dalam sebuah rumah kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

“Pemeriksaan terhadap kedua-dua lelaki itu mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah memasuki negara ini.

“Selain itu, anggota PGA turut menahan dua PATI warganegara Bangladesh di tepi jalan berhampiran pangkalan haram Pasir, Rantau Panjang kira-kira pukul 7.17 malam pada hari yang sama,” katanya.

Tambahnya, kesemua 13 PATI itu kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas dan kes disiasat mengikut Seksyen 51(3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI