fbpx

Pemberontak bunuh 300 penduduk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA tentera DRC melakukan rondaan dengan menaiki kenderaan di Beni pada 3 Disember lalu. – AFP

KINSHASA, Republik Demo­kratik Congo (DRC) – Kira-kira 300 orang dibunuh dalam serangan terhadap penduduk kampung di DRC minggu lalu yang didakwa dilakukan oleh kumpulan pemberontak M23, kata menteri kerajaan, Julien Paluku kelmarin.

Kerajaan DRC dibelenggu konflik selama berbulan-bulan menentang kumpulan bersenjata M23. Keganasan terbaharu berlaku hanya lima hari selepas satu gencatan senjata dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Pihak tentera pada asalnya menuduh pemberontak M23 membunuh sekurang-kurangnya 50 penduduk awam di Kampung Kishishe, wilayah Kivu Utara di timur DRC minggu lalu, namun kerajaan menyatakan angka korban adalah lebih 100 orang.

Bagaimanapun, Paluku dan jurucakap kerajaan, Patrick Muyaya mengumumkan angka kematian baharu  yang dikemas kini semasa satu taklimat akhbar kelmarin, berpandukan maklumat oleh penduduk dan masyarakat awam di rantau berkenaan.

“Kami menyaksikan kira-kira 300 kematian melibatkan orang awam yang merupakan penduduk Kishishe,” kata Paluki sambil menambah, kesemua mangsa tiada kaitan dengan kumpulan militia. 

Kumpulan pemberontak terbabit menafikan pihaknya bertanggungjawab dan menganggap dakwaan kerajaan DRC itu sebagai ‘tidak berasas’. Bagaimanapun, M23 mengaku bahawa  seramai lapan penduduk awam terbunuh akibat terkena peluru sesat semasa pertempuran di kampung itu pada 29 November lalu. 

“Kesemua korban merupakan orang awam dan sekurang-kurangnya 17 mangsa dipercayai kanak-kanak,” kata Muyaya pula kepada pemberita. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI