fbpx

Mahkamah: Peniaga buah didakwa raba, cium sepupu isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas didakwa meraba dan mencium sepupu isterinya, sejak tahun lalu.

MELAKA – Seorang peniaga buah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap sepupu isterinya, sejak tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 22 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal dengan cara meraba kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama dengan meraba serta mencium mangsa sama yang ketika itu berusia 17 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Bukit Lintang, dalam daerah Melaka Tengah antara Jun 2021 hingga April lalu 2022.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan mangsa adalah sepupu kepada isteri tertuduh.

Beliau bagaimanapun mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 beserta syarat tambahan sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara.

Peguam Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh yang mewakili tertuduh merayu agar jaminan rendah dapat diberikan atas alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai peniaga buah potong dengan pendapatan RM2,000 sebulan, selain perlu menjaga ibu bapa mentua yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 beserta syarat tambahah iaitu tertuduh dan keluarganya tidak dibenarkan mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Mohd. Sabri turut menetapkan tarikh 9 Januari depan sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI