fbpx

Gadis 19 tahun jadi bookie Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peralatan yang digunakan oleh suspek untuk menjalankan kegiatan 'bookie' Piala Dunia.

BAU – Seorang remaja perempuan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan ‘bookie’ Piala Dunia di sini.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata suspek berusia 19 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam, di sebuah premis kedai serbaneka Singai Tondong, Jalan Bau-Batu Kawah.

Katanya penahanan suspek dibuat menerusi Op Soga oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

“Polis turut merampas satu unit telefon bimbit, satu helai resit bertulis angka Fifa World Cup 2022 Qatar, satu unit pencetak dan sejumlah wang tunai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Poge menambah suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI