fbpx

PM ucap takziah kepada Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Abdul Aziz

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kehilangan abangnya, Tan Sri Abdul Aziz.

Anwar menyampaikan ucapan takziah itu menerusi hantaran di laman Twitternya tadi.

“Salam takziah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga atas kehilangan abang yang dikasihi Tan Sri Abdul Aziz Yassin.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Terdahulu, Abdul Aziz yang juga bekas Ahli Parlimen meninggal dunia hari ini pada usia 90 tahun.

Perkara itu dimaklumkan di Facebook Muhyiddin petang tadi.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia pada 9.50 pagi tadi dan jenazahnya akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Muadz Ibn Jabbal, Kuala Lumpur, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI