fbpx

Piala Dunia: Portugal mahu baiki pencapaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PORTUGAL mahu melupakan kekalahan kepada Korea Selatan sebelum ini dan membuat persiapan rapi menjelang aksi menentang Switzerland. – AFP

LUSAIL – Pemain pertahanan Portugal, William Carvalho tekad membantu pasukan itu meneruskan kemaraan pada saingan Piala Dunia 2022 menjelang pusingan 16 pasukan terbaik menentang Switzerland di Stadium Lusail awal pagi esok.

Pemain Real Betis itu enggan Portugal menjadi mangsa terbaharu di Qatar selepas beberapa pasukan besar seperti Argentina, Jerman dan Sepanyol dikejutkan dengan kekalahan kepada pasukan-pasukan kerdil.

Dia melaungkan amaran kepada rakan sepasukan supaya berwaspada dengan ancaman yang mampu diberikan Switzerland, lebih-lebih lagi pasukan lawan memiliki corak permainan pantas selain mampu menguasai perlawanan.

Justeru, Carvalho berharap juara Euro 2016 itu dapat turun dengan fokus yang tinggi serta mengulangi prestasi ditampilkan pada saingan peringkat kumpulan sebelum ini jika mahu me­langkah ke suku akhir.

“Apa yang pasti kami akan berdepan Switzerland, sebuah pa­sukan yang mampu menguasai perlawanan de­ngan memegang bola lebih lama. Saya percaya semua pemain tahu dan bersedia untuk hada­pinya.

“Mereka merupakan antara pasukan yang berjaya mencipta kejutan pada Piala Dunia kali ini. Sudah tentu kami perlu bersedia dan beri tumpuan sejak minit pertama bagi memastikan pasukan ke pusingan seterusnya,” katanya.

Walaupun melayakkan diri ke pusingan kalah mati sebagai juara Kumpulan H, tetapi Portugal pastinya masih dibayangi dengan kekalahan 1-2 kepada Korea Selatan pada aksi terakhir kumpulan.

Bagaimanapun, Carvalho berkata, mereka mahu melupakan kekalahan itu dan menampilkan aksi lebih baik ketika berdepan Switzerland, sekali gus memperbaiki pencapaian di Russia empat tahun lalu di mana mereka gagal melangkah ke suku akhir.

“Tidak ada sesiapa yang gembira untuk tewas, jadi kami perlu buat analisis mengenai permai­nan kami sebelum ini supaya ia tidak berlaku lagi. Kami perlu ­ulang aksi ditampilkan dalam dua perlawanan awal peringkat kumpulan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI