fbpx

[VIDEO] Piala AFF: Safawi fokus bersama Harimau Malaya, ketepikan ‘bulan madu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENOLONG pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Kamarul Ariffin Mohd. Shahar menyampaikan hadiah perkahwinan kepada Safawi Rasid yang melaporkan diri ke kem latihan pusat di Petaling Jaya hari ini. - Foto ihsan FAM
PETALING JAYA – Status selaku pengantin baharu tidak menghalang kapten skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kempen Piala AFF 2022 yang akan membuka tirai rasmi pada 20 Disember depan.
Sebagai rekod, penyerang berusia 25 tahun itu mengorbankan ‘bulan madu’ dengan meninggalkan sementara isterinya, Syifa Melvin bagi menjalani kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula hari ini.
Kata Safawi, ‘bulan madu’ juga belum berada dalam fikirannya kerana hanya ada satu dalam kepalanya ketika ini iaitu skuad kebangsaan semata mata.
“Isteri (Syifa) sentiasa memberi semangat dan sentiasa berada di belakang saya walau dimana saya berada.
“Jika dapat membantu pasukan menang Piala AFF 2022, baru saya bincang pasal bulan madu.
“Justeru, fokus sekarang adalah sesi latihan dan persediaan untuk Piala AFF.
“Mengenai perancangan tahun depan bersama kelab baharu (Ratchaburi FC), sudah tentu saya akan membawa isteri sekali ke sana,” katanya ketika ditemui  di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi.
Safawi dan Syifa telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 28 November lalu.
Pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga telah sah berhijrah ke kelab di Liga Thailand, Ratchaburi FC secara pinjaman bermula musim depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI