fbpx

Mangsa tembakan Uvalde fail saman RM118 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga kanak-kanak yang dibunuh dalam tembakan rambang di Uvalde duduk di tangga Capitol Austin semasa perhimpunan March For Our Lives pada 27 Ogos lalu di Texas. - AFP

AUSTIN, TEXAS – Mangsa-mangsa kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah rendah di bandar Uvalde, negeri Texas memfailkan saman terhadap polis, pihak berkuasa bandar dan kakitangan sekolah, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Serangan pada 24 Mei lalu itu mengakibatkan kematian 19 kanak-kanak dan dua guru di Sekolah Rendah Robb.

Saman yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Austin Selasa lalu itu mendakwa bahawa pegawai-pegawai, termasuk penguat kuasa undang-undang, gagal melindungi kanak-kanak dan guru daripada penyerang bersenjata di dalam kelas pelajar gred empat.

Tuntutan pampasan sebanyak AS$27 billion (RM118.46 bilion) itu adalah untuk mangsa terselamat yang mengalami gangguan emosi dan psikologi akibat tindakan defendan pada tarikh tersebut.

Antara plaintif yang dinamakan termasuk kakitangan sekolah dan wakil kanak-kanak yang berada di Sekolah Rendah Robb ketika penyerang, Salvador Ramos, 18, melepaskan tembakan rambang di lokasi kejadian.

“Selain tidak cuba menghentikan penembak secara segera, tindakan 376 pegawai penguatkuasa undang-undang dalam kejadian selama 77 minit itu juga didapati tidak pasti, tidak berfungsi dan membahayakan, selain gagal mematuhi standard tugas,” demikian menurut tuntutan mahkamah.

Pihak berkuasa Uvalde bagaimanapun belum bertindak balas dengan tuntutan itu sehingga petang Jumaat lalu, jelas satu laporan.

Sebelum memfailkan saman, plaintif meminta penyelesaian $27 bilion (RM118.46 bilion) itu daripada penguasa daerah sekolah, pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang dan bandar pada Ogos lalu serta berusaha menyelesaikan perkara itu tanpa dibawa ke mahkamah.

Selain itu, sekumpulan mangsa yang terselamat juga telah menyaman Daniel Defense, syarikat yang mengeluarkan senjata api yang digunakan dalam tembakan itu yang mencecah AS$6 bilion (RM26.3 bilion). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI