fbpx

Hadi Awang ke IPD Sentul bagi rakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hadi Awang tiba di IPD Sentul sekitar pukul 2.55 petang bagi merakam keterangan

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul susulan beberapa laporan polis dibuat terhadapnya berhubung ucapan berbaur hasutan semasa tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lalu.

Ahli Parlimen Marang itu tiba di IPD Sentul kira-kira pukul 2.55 petang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire putih dan perkara itu turut dikongsikan menerusi Instagramnya.

Terdahulu, beliau mendakwa parti DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang Pas daripada berkuasa.

Di samping itu, beliau turut melabel parti komponen Pakatan Harapan (PH) sebagai kumpulan yang tidak beriman dan tidak bermoral.

Ekoran dakwaan berkenaan, ramai pihak menyifatkan kenyataan beliau berbaur hasutan sekaligus boleh memberi ancaman terhadap perpaduan negara. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI