fbpx

Anthony Loke senyap-senyap tinjau keadaan LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony (berdiri dan memakai topi bewarna hitam) ketika meninjau keadaan LRT laluan Kelana Jaya hari ini.

PETALING JAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meninjau perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya secara mengejut pada hari pertama beliau menerajui Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini.

Tinjauan tersebut dilakukan tanpa pengetahuan pihak Prasarana dan media agar beliau dapat mengalami sendiri keadaan sebenar yang dilalui oleh para penumpang setiap hari.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP itu turut mengenakan pelitup muka dan topi bewarna hitam bagi mengelakkan daripada dikenali orang ramai.

“Petang tadi, saya meluangkan masa dua jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT (laluan Kelana Jaya) ketika waktu puncak di antara pukul 5 petang hingga 7 malam.

“Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang. Saya memahami kesulitan yang dihadapi oleh pengguna LRT,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, Anthony berkata, satu mesyuarat akan diadakan antara MOT dan pihak pengurusan tertinggi Prasarana dalam masa terdekat.

“Mesyuarat itu akan dibuat dalam minggu ini juga untuk membincangkan hala tuju dan cara menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI