fbpx

Insiden bom: Tiada isu suspek lari ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan kereta api SRT tergendala susulan kejadian pengeboman berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngea, Sadao, Thailand pada semalam.

PADANG BESAR – Aktiviti harian di sempadan negara Malaysia-Thailand di sini masih berjalan seperti biasa dan tiada sebarang amaran dikeluarkan pihak berkuasa Thailand susulan letupan bom berdekatan Stesen Kereta Api Khlong Ngae.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, sehingga kini ini masih tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab atas perbuatan tersebut.

“Saya ingin memaklumkan bahawa tidak timbul isu suspek melarikan diri ke negara ini buat masa ini.

“Pihak berkuasa Thailand masih menjalankan siasatan berkaitan insiden ini dan tidak dapat mengenal pasti jenis letupan yang mengakibatkan insiden tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata Surina, walaupun pihak berkuasa Thailand masih tidak mengeluarkan sebarang amaran, namun rakyat negara ini perlu berhati-hati dengan sebarang kemungkinan.

Tambah beliau, perkhidmatan SRT akan ditutup selama lima hari sehingga landasan berjaya dibaik pulih dan selamat digunakan.

Kosmo! Online semalam melaporkan satu kejadian pengeboman berlaku berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngea, Sadao, Thailand sehingga menyebabkan perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Stesen Padang Besar tergendala.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu mengakibatkan gerabak kereta api berhampiran stesen berkenaan tergelincir daripada landasan sekali gus terbalik.

Bagaimanapun, tiada mana-mana pihak termasuk rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI