fbpx

Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki ditemui terapung di perairan Sungai Perak di Permatang Pelanduk Labu Kubong, Teluk Intan hari ini.

TELUK INTAN – Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Sungai Perak di Permatang Pelanduk Labu Kubong di sini hari ini.

Mangsa warga tempatan itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan tersangkut di rumput air di tepi sungai pada pukul 2 petang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mayat tersebut telah dibawa naik oleh pasukan bomba namun keadaannya yang kembung menyukarkan pengecaman.

Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai bersama mangsa.

“Mayat dikenal pasti sebagai lelaki warga tempatan berdasarkan parut suntikan BCG di lengan sebelah kiri. Mangsa dianggarkan berusia 40-an.

“Mayat tersebut berkulit gelap dan bertubuh sederhana besar dengan ketinggian 170 sentimeter,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga atau rakan diminta tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Al Ikhsan Borhan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di talian 05-6233969,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI