fbpx

Hujan berterusan selama dua hari di Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Berdasarkan analisis model-model cuaca, angin timuran kencang dijangka bertumpu di negeri Pantai Timur dan utara Semenanjung yang membawa kepada berlaku hujan lebat berterusan sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan sebentar tadi memaklumkan, mulai 7 Disember depan, penumpuan angin dijangka berlaku di Pantai Timur Semenanjung yang boleh meningkatkan kelembapan di kawasan berkenaan.

“Amaran hujan berterusan (waspada) telah dikemas kini melibatkan negeri-negeri Pantai Timur dan utara Semenanjung yang berkuat kuasa sehingga 4 Disember 2022.

“Dalam masa yang sama, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama dan kedua) juga telah dikemas kini untuk perairan Kelantan, Terengganu, Tioman, Samui, Condore dan Reef North yang berkuat kuasa sepanjang tempoh sama,” kata kenyataan itu.

MetMalaysia turut mengingatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI