fbpx
MALAYSIA (jersi kuning) terpaksa akur dengan kekalahan 0-3 kepada Ireland pada aksi separuh akhir Piala Negara-Negara FIH sebentar tadi. - FIH / World Sports Pics

Hoki: Malaysian Tigers gagal ke pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hasrat skuad hoki lelaki negara untuk melangkah ke pentas final edisi pertama Piala Negara-Negara FIH gagal menjadi kenyataan.

Ia susulan kekalahan 0-3 kepada Ireland pada aksi separuh akhir yang berlangsung di University of North West di Potchefstroom, Afrika Selatan sebentar tadi.

Antara faktor utama kekalahan Malaysian Tigers yang berada di ranking ke-10 dunia itu mungkin disebabkan melepaskan dua gol pantas dalam tempoh dua minit kepada Ireland pada aksi tersebut.

Dua gol itu dijaringkan Benjamin Walker dan Jeremy Duncan pada minit ke-41 serta 43 sebelum Duncan meledak gol ketiga Ireland ketika aksi berbaki lapan lagi untuk tamat.

Kekalahan itu djangka tidak menjejaskan moral dan motivasi para pemain yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Ipoh, Perak awal bulan ini.

Begitupun, skuad bimbingan Arul Selvaraj berpeluang menebus kekalahan tersebut dengan meraih tempat ketiga dalam penentuan tempat ketiga dan keempat malam esok. – KOSMO! ONLINE

POPULAR