fbpx

Abdul Hamid sentiasa positif walaupun semakin kritikal – Anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri (kiri) menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Abdul Hamid di kediamannya di Jalan Syed Hassan, Arau hari ini.

ARAU – Mantan Menteri Besar Perlis, Allahyarham Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh disifatkan sebagai seorang yang sentiasa positif walaupun penyakitnya semakin kritikal.

Anak keempat Allahyarham, Muhd. Sharif Pawanteh, 39, berkata, bapanya menganggap penyakit buah pinggang yang dihadapinya adalah satu cabaran.

“Allahyarham tetap positif walaupun dalam keadaan sakit dan cuba untuk ceriakan semua orang termasuk sesiapa sahaja yang datang menziarahinya.

“Selain itu, Allahyarham juga disifatkan sebagai seorang yang pemurah dan amat menyayangi semua pihak yang membantu beliau sewaktu menjalani rawatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Jalan Syed Hassan di sini hari ini

Katanya, sewaktu menjalani rawatan dialisis, Allahyarham Abdul Hamid juga sentiasa menyantuni jururawat dengan membawa buah tangan kepada mereka sebagai penghargaan.

Allahyarham Abdul Hamid, 78, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.15 petang semalam di kediamannya selepas menghadapi masalah kegagalan buah pinggang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Elham Hamid Abdullah bersama lima orang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI