fbpx

458 laporan polis sepanjang PRU15 di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Polis Selangor menerima 458 laporan sepanjan tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 86 kertas siasatan (IP) telah dibuka dengan satu IP telah dituduh mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Sasikala

“Sebanyak 13 IP telah mendapat arahan tiada tindakan lanjut (NFA) dan bakinya masih dalam siasatan polis.

“Kebanyakan laporan berdasarkan laporan penugasan pihak polis terhadap ceramah dan bendera parti yang jatuh,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Ketika ditanya berhubung kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han mengenai tapak pelupusan sampah haram dijaga gengster pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, Sasikala memaklumkan belum menerima laporan berkaitannya.

“Sekiranya ada laporan polis, kita akan melihat sama ada wujud unsur jenayah atau tidak,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI