fbpx

Juara Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa terima tajaan umrah dari MAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sofizah (kanan) menerima replika cek tajaan umrah daripada Nurhani.

SHAH ALAM – Juara Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa tahun ini, Sofizah Mousin menerima tajaan umrah bernilai RM10,000 daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini.

Sumbangan itu sebagai tanda penghargaan atas kejayaan beliau mengharumkan nama Selangor dan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sofizah berkata, dia berasa terkejut dan amat bersyukur dangan penghargaan dan hadiah yang diterima daripada MAIS ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih kepada MAIS atas penghargaan yang amat bernilai ini.

“Insya-Allah pada tahun hadapan saya mengerjakan umrah bersama suami. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepada saya,” katanya di sini.

Simbolik penyerahan replika cek MAIS itu disampaikan Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin.

Pada 24 Oktober lalu, Sofizah muncul juara bagi kategori wanita pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62 dengan catatan markah 89.66 peratus.

Kemenangan itu membolehkannya membawa pulang hadiah berupa piala dan sijil penghargaan beserta wang tunai.

Majlis tilawah tersebut melibatkan 36 orang peserta merangkumi 24 qari dan 12 qariah dari 28 negara. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI