fbpx

Foto kahwin dengan MK bukan gimik tapi promosi – Nabila Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANDA-TANYA umum tentang foto perkahwinan Nabila Razali kini terjawab.

PETALING JAYA: Teka-teki foto ‘perkahwinan senyap-senyap’ penyanyi Nabila Razali dengan MK K-Clique terjawab selepas penyanyi itu mengesahkan momen tersebut sekadar teaser peluncuruan video muzik sebuah single baharunya yang berjudul Aku Terluka.

Mencetuskan kemarahan netizen yang menganggap perkara itu sebagai gimik, Nabila, 30, berkata, dia memuat naik foto-foto bersama penyanyi rap itu sebahagian daripada teaser bagi mempromosikan lagu berkenaan.

“Ramai yang keliru tentang gimik dan teaser, bagi saya apa yang saya muat naik di Instagram itu hanya teaser untuk lagu baru saya.

“Semua foto itu memang ada dalam video muzik itu dan tindakan membuang foto-foto lain di Instagram supaya pengikut fokus dan sedar saya akan mempromosi sesuatu produk.

“Sebagai seorang yang bekerja dalam industri kreatif, tidak menarik pula kalau kami terus memberi lagu kepada peminat,” ujarnya.

Nabila berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Aku Terluka yang diadakan di pejabat Universal Music Malaysia, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Nabila berkata, dia tidak mampu menghalang tanggapan orang ramai yang terus mengaitkan dirinya dengan gimik semata-mata.

“Apa yang saya lakukan itu promosi dan bukan gimik. Tapi saya tidak boleh halang sangkaan orang ramai terhadap saya.

“Saya mahu orang berteka-teki dengan kemunculan lagu-lagu baru saya. Tiada niat buat gimik semata-mata,” ujarnya.

Sementara itu, Aku Terluka merupakan hasil ciptaan Amylea Azizan dan MFMF yang juga single ketujuh buat Nabila.

Nabila berkata, lagu tersebut merupakan kesinambungan bagi jalan cerita lagu Peluang Kedua yang dilancarkan dua tahun lalu.

Selain itu, watak MK sebagai pasangannya turut dikekalkan dalam muzik video berkenaan.

“Saya kembali dengan lagu baru yang merupakan kesinambungan daripada lagu Peluang Kedua. Dalam muzik video Peluang Kedua ada yang perlu dijelaskan dan semuanya ada dalam Aku Terluka.

“Saya bawa MK sekali lagi bagi menutup ‘percintaan’ Nabila dan MK dalam lagu Aku Terluka,” ujarnya.

Terdahulu, Nabila berkongsi foto romantik bersama seorang lelaki di tepi pantai yang menimbulkan spekulasi dia bakal mendirikan rumah tangga.

Muzik video Aku Terluka boleh ditonton di YouTube Nabila Razali Entertainment bermula Rabu dan di platform digital pada 7 Disember ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI