fbpx

Warga emas didakwa tembak mati kucing jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diringi anggota polis selepas didakwa menembak seekor kucing menggunakan senapang angin, Jun lalu.

MELAKA – Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menembak seekor kucing bernama Molly milik jirannya menggunakan senapang angin sehingga mati pada Jun lalu.

Tertuduh, Aziz Tambi, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim, Darmafikri Abu Adam.

Aziz didakwa menembak seekor kucing dengan senapang angin sehingga menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap haiwan berkenaan.

Perbuatan itu dilakukan pada pukul 2.30 petang, 18 Jun lalu di sebuah rumah di Jalan Tanjung Minyak, Bukit Rambai dalam daerah Melaka Tengah.

Sabit kesalahan, warga emas itu boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 mengikut Seksyen 29(1)(c) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Nabilah Nizam, Aziz didakwa di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senapang angin tanpa lesen sah pada 19 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Muhamad Ehsan Nasarudin menawarkan jaminan masing-masing RM20,000 dan RM5,000 terhadap tertuduh.

Peguam Mohd. Ishak Kari bagaimanapun merayu satu jumlah jaminan rendah kerana usia tertuduh selain hanya melakukan kerja kampung dengan upah RM50 sehari.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,500 bagi kedua-dua kesalahan itu. Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 Januari 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI