fbpx

Persatuan Pengguna Kedah terima tiga aduan telur busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Yusrizal (kanan) ketika memantau bekalan telur di Pasar Besar Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menerima tiga aduan daripada pengguna yang mendakwa menerima telur busuk melibatkan premis di daerah Kubang Pasu serta Pendang, baru-baru ini.

Presidennya, Mohamad Yusrizal Yusoff memberitahu, pengguna memaklumkan kesemua 30 biji telur dibeli rosak dan tidak boleh digunakan.

Katanya, pengguna juga mendakwa kemungkinan bekalan telur yang dibeli itu rosak disebabkan pengeluar menyimpan bekalan terlalu lama.

“Kita harap pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dapat menyiasat kebenaran perkara ini.

“Cake percaya ada kemungkinan pengeluar menyimpan telur dalam tempoh tertentu sebelum diagihkan kepada pemborong seterusnya peniaga,” katanya kepada pemberita di Pasar Besar Alor Setar di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, bekalan telur di pasaran di Alor Setar meningkat daripada 50 kepada 70 peratus selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Walau bagaimanapun, kuantiti itu masih tidak mencukupi dan ia perlu terus dipertingkatkan kepada 100 peratus atau sehingga 150 peratus untuk kegunaan keseluruhan pengguna termasuk peniaga.

“Sebagai contoh di sebuah pasar raya besar di sini, sebanyak 3,000 biji telur habis dalam masa sejam. Di pasar besar ini pula, 900 biji telur licin dalam masa setengah jam,” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan baharu ini perlu bertindak lebih pantas dalam menangani isu kekurangan bekalan telur termasuk mengkaji untuk meningkatkan pemberian subsidi kepada pengeluar telur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI