fbpx

Mahkamah: Penolong Juruukur MBS didenda RM10,000 terima suapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah turut menetapkan sekiranya tertuduh (tengah) gagal membayar denda boleh dipenjara lima bulan.

SEREMBAN – Seorang Penolong Juruukur Bahan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan meminta suapan RM3,000 sebagai dorongan bagi mendapatkan kelulusan permohonan pelan ubahsuai rumah kediaman milik seorang individu, tiga tahun lalu.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Rizuan Mohd., 40, selepas dia membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan.

Mahkamah turut menetapkan sekiranya tertuduh gagal membayar denda boleh dipenjara lima bulan, bagaimanapun tertuduh membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Rizuan sebagai Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 di MBS telah bersetuju terima untuk dirinya suatu barang yang berharga dengan tanpa balasan iaitu wang tunai melalui pindahan dalam talian berjumlah RM 3,000.

Wang itu diterima daripada akaun bank seorang lelaki berusia 41 tahun ke akaun bank tertuduh yang mana dia mengetahui ia ada kaitan dengan kerja-kerja rasmi tertuduh.

Kesalahan itu dilakukan di Negeri Sembilan antara 19 Ogos 2019 dan Jun 2020.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh meminta wang tunai sebanyak RM3,000 sebagai dorongan bagi mendapatkan kelulusan mengenai permohonan cadangan pelan ubahsuai kediaman seorang lelaki sebelum lelaki itu memindahkan wang sebanyak RM3,000 daripada akaunnya ke akaun tertuduh ketika bertemu di Dataran Senawang, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI