fbpx
IVAN menunjukkan akhbar Kosmo! yang dibacanya semasa sidang akhbar di USM, George Town hari ini. IQBAL HAMDAN.

Graduan autisme pembaca setia Kosmo! terima Anugerah Pingat Emas USM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Biarpun berdepan kesukaran menumpukan perhatian dalam tempoh lama, seorang graduan autisme (hyperaktif ) dari Universiti Sains Malaysia (USM), Ooi Ivan, 24, berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pingat Emas USM (anugerah bagi graduan cemerlang kelainan upaya).

Ivan yang juga pembaca setia akhbar Kosmo! berkata, dia gemar membaca bagi mengurangkan simptom keresahan yang dialaminya dan medium tersebut merupakan salah satu sumber bacaan utamanya setiap hari.

“Saya membaca surat khabar bahasa Melayu sejak berusia 10 tahun lalu dan mula membaca Kosmo! pada tahun 2011 kerana harganya murah iaitu dijual pada harga RM0.80 sen ketika itu.

“Sejak itu saya tidak berhenti membeli dan membaca surat khabar Kosmo! sehingga ia ditamatkan penyiaran pada 2019, ketika itu saya amat sedih kerana kehilangan bahan bacaan utama.

“Selepas Kosmo! diterbitkan semula pada 2020, saya terus membelinya untuk dijadikan bahan bacaan bagi meredakan tekanan semasa belajar,” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar sempena Upacara Konvokesyen Ke-60 USM di sini hari ini.

Ivan merupakan penerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESOL), sangat terhutang budi kepada kakitangan USM yang sangat berdedikasi dan banyak membantu sepanjang dia bergelar pelajar di universiti berkenaan.

Dalam pada itu, seorang lagi graduan cemerlang yang memperoleh Hadiah Pingat Emas Canselor (anugerah pelajar tahun akhir terbaik dalam segala lapangan), Arief Ferdaus Azmi, 22, berkata, dia bersyukur kerana dapat mengikuti jurusan bahasa Inggeris untuk profesional itu sehingga berjaya dinobatkan sebagai salah seorang graduan cemerlang USM. – KOSMO! ONLINE

POPULAR