fbpx

Tiada kelulusan perolehan tanpa tender- PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra dengan penjawat awam selepas Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga JPM, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kaedah perolehan di semua peringkat pentadbiran kerajaan perlu dilaksanakan secara tender selepas ini dan tidak boleh berlaku tanpa melalui proses itu bagi mengelakkan unsur ketirisan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal itu bagi membolehkan Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak berlaku sebarang kebocoran, ketirisan dan juga unsur rasuah.

“Soal perolehan, soal kelulusan tanpa tender ini tidak boleh lagi terus mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah. Ini tidak boleh lagi dan harus berlaku di semua peringkat.

“Maka, untuk peringkat awal ini, saya ingin menggesa dan mengajak saudara untuk sama-sama dalam pasukan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Perdana Putra di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI