fbpx

N. Sembilan tidak rancang tambah kawasan ternakan ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bakri Sawir

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai perancangan untuk menambah kawasan ternakan ayam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Bakri Sawir berkata, kerajaan negeri bagaimanapun bersedia untuk menerima dan menimbangkan sebarang permohonan baharu.

“Tahap sara diri (SSL) Negeri Sembilan kini mencapai 300 peratus bagi pengeluaran berkaitan produk ayam pedaging dan telur. Ia melebihi daripada keperluan penduduk sebanyak tiga kali ganda.

“Pengeluaran ini bagi memenuhi permintaan pasaran negeri-negeri jiran selain dieksport ke Singapura,” katanya pada Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Yek Diew Ching (PH-Chuah) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan negeri berhasrat menambah kawasan ternakan bagi memenuhi permintaan bekalan ayam dan telur di negeri ini.

Bakri berkata, setakat tahun lalu, terdapat sebanyak 153 ladang pengeluaran ayam pedaging dan sembilan ladang ayam penelur di negeri ini.

“Walaupun bilangan ladang ayam pedaging menurun selepas 2019, populasi ternakan meningkat kerana banyak ladang mengoptimumkan kapasiti ladang masing-masing bagi mengurangkan kos.

“Selain itu, terdapat juga ladang yang menyatukan lesen menternak unggas masing-masing terutamanya bagi ladang integrator,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI