fbpx
Gambar hiasan.

LRT Kelana Jaya alami gangguan teknikal lagi, perjalanan tren tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kini sedang mengalami masalah teknikal dan jadual perjalanan akan mengambil tempoh masa yang lebih lama dari kebiasaan.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan tersebut berpunca daripada Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang atau Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) yang teraktif (activated) secara tiba-tiba disyaki telah disambar petir di Stesen LRT Kerinchi dan menyebabkan tren dari kedua dua arah tidak dapat melalui kawasan tersebut.

“Selaku pengendali perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, Rapid Rail memohon maaf kepada pengguna yang mengalami kesulitan akibat gangguan teknikal yang berlaku pada pukul 5.46 petang tadi.

“Kakitangan teknikal sedang berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih.

“Akibat daripada gangguan tersebut, semua tren yang melalui kawasan tersebut terpaksa dipandu secara manual dan mengakibatkan kelewatan jadual perjalanan dan kesesakan platform berlaku di beberapa stesen,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu, perkhidmatan bas perantara percuma telah disediakan bagi membawa penumpang dari Stesen LRT Bangsar ke Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Pasar Seni.

“Kakitangan operasi dan Polis Bantuan telah ditempatkan di platform bagi mengendalikan orang ramai.

“Pengumuman menerusi laman media sosial Rapid KL, di stesen dan di dalam tren telah dilakukan untuk makluman pengguna,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR