fbpx
Anggota polis melihat keadaan penghadang yang dibakar. – EPA

Peminat bola sepak Maghribi merusuh di Brussels

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS – Rusuhan dalam kalangan peminat bola sepak tercetus di jalan-jalan utama di Brussels malam kelmarin, ketika perlawanan Piala Dunia Qatar berlangsung antara pasukan Belgium dan Maghribi, lapor akhbar The Sun.

Polis melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata ke arah kumpulan peminat bola sepak yang menyalakan mercun, menterbalikkan kereta serta membakar skuter.

Kira-kira 100 anggota polis rusuhan dikerah bagi mengawal kekacauan di pusat bandar selepas perlawanan bola sepak itu yang menyaksikan pasukan Belgium kalah 0-2 kepada  Maghribi di Qatar.

Rakaman video menunjukkan kebakaran berlaku di tengah jalan raya dengan perusuh memecahkan cermin sebuah kereta dan menterbalikkan kenderaan itu.

Dalam klip video lain pula, polis dilihat memegang meriam air ketika peminat bola sepak menyalakan mercun serta membaling batu-bata ke arah kereta.

Sebilangan penyokong Maghribi pula dilihat mengibar dan memakai bendera negara itu sambil berlari di jalanan.

“Polis bergerak masuk selepas seorang individu cedera pada bahagian muka,” kata jurucakap polis Brussels, Ilse Van de Keere.

Datuk Bandar Brussels, Philippe Close menyelar rusuhan itu dan memberi amaran agar orang ramai tidak pergi ke pusat bandar selain memberitahu bahawa beliau memberi arahan kepada polis untuk membuat tangkapan.

“Polis telah bertindak dengan keras  justeru, saya menasihatkan para penyokong (bola sepak) agar tidak memasuki kawasan pusat bandar.

“Polis terpaksa melakukan apa yang perlu bagi menjamin ketenteraman awam,” tegasnya.

Ketegangan dilaporkan mula tercetus  perlawanan kelmarin bermula ketika mercun dilempar berhampiran stesen kereta api Brussels-South. Namun, tidak dapat dijelaskan punca yang mencetuskan rusuhan itu. 

Kemenangan pasukan Maghribi merupakan kekecewaan terbesar peminat Belgium.Ia diraikan oleh pendatang-pendatang dari Maghribi yang menetap di bandar-bandar di Belgium. – Agensi 

POPULAR