fbpx
perlis memerlukan perancangan ke arah memajukan ekonomi dan melonjakkan pendapatan rakyatnya kerana mempunyai banyak pintu masuk di sempadan. – gambar hiasan

Luahan Pembaca: Buang sikap ‘kami tahu semua benda’ jika mahu Perlis maju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Kami anak Indera Kayangan amat kecewa apabila stigma Perlis negeri kecil dan tidak ada duit untuk dibelanjakan masih menjajah pemikiran banyak pihak.

Untuk pengetahuan pemimpin terutama Menteri Besar baharu, Mohd. Shukri Ramli, Perlis perlu ditransformasi supaya rakyat mendapat banyak manfaat.

Banyak ruang untuk Perlis menjana pendapatan kerana mempunyai beberapa pintu masuk yang bersempadan dengan Thailand seperti di Kuala Perlis, Padang Besar, Wang Kelian serta dari sebelah Pauh.

Ini beberapa cadangan yang boleh diusahakan. Pertama Perlis sebagai destinasi pelancongan kerana pelancong mahu lihat sejarah, hasil tangan, jenis pokok, bangunan lama dan lain-lain berbanding bangunan pencakar langit seperti yang dilakukan dalam National Geographic.

Kedua, perlu ada pasukan khas yang kukuh dan mantap serta berpengalaman dalam melestarikan konsep dan proses pelancongan untuk mengantarabangsakan Perlis.

Ketiga, laksanakan projek menjana pendapatan sendiri dan usah mengharapkan wang daripada Kerajaan Persekutuan. Jangan menekan pelabur dan perkenalkan konsep investor friendly.

Membangunkan ekonomi setempat kerana ramai penduduk telah menjadi usahawan dalam bidang pertanian. Selain itu, galakkan belia dan tarik minat pelabur untuk mewujudkan industri mewujudkan peluang pekerjaan.

Aktifkan hubungan lintas sempadan dengan Thailand dengan menaik taraf jalan darat, air dan rel selain mempelbagaikan kegunaan jeti. Ia boleh menjadi platform mengembangkan ekonomi seperti pusat perbankan, ekonomi air, pelabuhan antarabangsa serta pelebaran elemen pelabuhan.

Akhir sekali, kurangkan birokrasi iaitu dengar cadangan rakyat dan buang sikap tahu semua benda yang menjajah pemikiran pihak berwajib.

Sayang Perlis,
Azad Jasmi

POPULAR