fbpx

Malam penentuan, siapa juara GV9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENAM finalis bakal berentap pada malam ini bagi merebut gelaran juara GV9.

SELEPAS lebih 10 minggu berjuang, hari ini menyaksikan seorang lagi penyanyi akan dinobatkan sebagai juara program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Bagi edisi kali ini, enam peserta akan merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi.

Memang hangat diperdebatkan dalam media sosial mengenai siapa yang bakal bergelar juara. Antara nama paling banyak disebut sudah tentu Jaclyn Victor dan Shila Amzah.

Memang akui persaingan antara mereka sangat sengit. Jika salah seorang buat silap, memang kempunanlah nak bergelar juara.

Tetapi tak boleh dinafikan kehebatan Tomok, Bob Yusof, Hazrul Nizam dan V.E. Masing-masing ada kelebihan.

Memang berdebar nak menantikan persembahan hebat mereka malam ini. Harap banyak kejutan yang berlaku dan bukannya gimik murahan.

Semoga berjaya Diva ucapkan dan kepada para peminat, janganlah kecewa sekiranya penyanyi kegemaran anda tewas kelak.

DIVA: Tahniah kepada semua penyanyi, komposer dan pencipta lagu yang berjaya melangkah ke Anugerah Juara Lagu ke-37.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI