fbpx

Penghantar makanan di Britain mahu mogok menjelang Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA menyertai mogok untuk menuntut kenaikan gaji. - huck mag

LONDON – Rakyat Britain dijangka berdepan kesukaran untuk menempah makanan dari rangkaian restoran popular selepas beratus-ratus pekerja penghantar makanan bersetuju melancarkan mogok ketika musim perayaan Krismas, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Kakitangan syarikat Best Food Logistics, yang menghantar bekalan makanan penting dari restoran-restoran yang sangat digemari di Britain seperti KFC, Burger King, Pizza Hut dan Pret memutuskan untuk tidak bekerja.

Mereka mendakwa pemegang saham syarikat telah ‘menyorokkan’ keuntungan semasa pekerja bergelut untuk menampung kewangan di tengah-tengah krisis kos sara hidup.

Sekitar 76 peratus pekerja bersetuju menuntut tindakan industri dalam usaha mendapatkan kenaikan gaji, dengan hampir 400 pekerja bersedia menyertai mogok.

“Syarikat induk Best Food, Brooker dan Tesco, sedang menjana pendapatan secara signifikan. Pemegang saham menerima besar, manakala pekerja bawahan bergelut untuk memenuhi keperluan hidup. 

“Apa yang dikehendaki oleh pekerja-pekerja ini adalah perjanjian gaji yang melindungi mereka daripada krisis kos sara hidup yang merugikan.

“Kini, beberapa restoran terkenal di Britain akan terjejas semasa perayaan Krismas,” kata pegawai kesatuan sekerja am Britain (GMB), Nadine Houghton. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI