fbpx

Wanita liat bayar hutang berpura-pura mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOOKPAD memalsukan kematiannya kerana enggan melangsaikan tunggakan. - Unsplash

BANGKOK – Seorang wanita yang dibebani hutang di Thailand, nekad memalsukan kematiannya untuk mengelak daripada melangsaikan tunggakan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Lookpad, 37, dari wilayah Lopburi menanggung hutang berjuta-juta baht dan mahu melarikan diri daripada membayar tunggakan dengan berpura-pura mati. Rancangan itu disokong oleh keluarganya.

Pemiutangnya iaitu Nakapaphat Kitjakornwiboon, 41, memberitahu saluran televisyen Amarin TV bahawa dia bertemu Lookpad tahun lepas di Lopburi ketika wanita itu menjual mi di sebuah gerai.

Rakan-rakan Nakapaphat memberi nasihat supaya menjauhi Lookpad kerana dia banyak hutang tetapi dia kasihan kepadanya. 

Bagaimanapun pada Februari lalu, Lookpad menyedari Nakapaphat memegang duit kutu dan mahu turut serta dalam kumpulan itu. Lookpad kemudian membayar pada setiap bulan sehingga Oktober lalu.

Nakapaphat kemudian melihat hantaran ibu Lookpad di Facebook bahawa anaknya sudah meninggal dunia. 

Dia terkejut dan mahu melangsaikan tunggakan Lookpad, tetapi rakan-rakannya memberitahu berita kematian itu palsu kerana keluarga Lookpad tidak mengadakan acara pengebumian.

Keluarga itu memberitahu bahawa mereka sudah lama tidak melihat Lookpad selepas dia menghilangkan diri sejak Oktober lalu. Ibu Lookpad menegaskan bahawa dia tidak tahu sama ada anak perempuannya telah meninggal dunia atau tidak.

Keberadaan wanita itu ketika ini masih tidak diketahui. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI