fbpx

Skrip peram 16 tahun versus relevansi Remp-It 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APA yang positif tentang Remp-It 2 ialah mesej kepada masyarakat bahawa golongan diklasifikasikan sebagai ‘mat rempit’ juga mempunyai masa depan yang cerah.

SELEPAS 16 tahun, filem yang pernah mencetuskan fenomena tersendiri Remp-It dengan paparan perseteruan serta dendam kesumat antara Madi dan Spark kembali dengan sekuel terbaharu berjudul Remp-It 2.

Merupakan terbitan produksi FKX Film Sdn Bhd, karya kali ini mengisahkan kesinambungan kehidupan Madi, 16 tahun selepas kejadian yang menimpanya bersama Spark dulu.

Madi masih di tangan Farid Kamil kini bekerja sebagai jurulatih di sebuah pusat latihan motosikal yang dimiliki oleh Roy (Ahirine) dan mengusahakan bengkel bersama rakan baiknya, Macho (Cat Farish).

Mesej positif ‘mat rempit’

Penulis berpeluang menonton Remp-It 2 di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur. Berdurasi sekitar sejam lebih, naskhah yang mendapat sentuhan Farid selaku pengarah juga penerbit itu ternyata terkandung kualiti serta kelemahan tersendiri.

Apa yang positif tentang Remp-It 2 ialah mesej kepada masyarakat bahawa golongan diklasifikasikan sebagai ‘mat rempit’ juga mempunyai masa depan yang cerah.

Itu dibuktikan dengan perkembangan karakter Madi yang dahulunya sangat ‘sosial’ dan nakal, namun sekarang menjadi seorang manusia berguna kepada masyakat.

Mat rempit juga boleh menjadi penunggal ‘halal’ dan memanfaatkan bakat serta minatnya untuk masyarakat.

Penglihatan Farid selalu pengarah dan pada masa sama berlakon watak utama ada pro dan kontra yang jelas terpapar dalam naskhah.

Apa yang bagusnya, Farid tahu arah tuju sekuel kali ini biarpun ada kekurangan dari segi lakon layar dan pengarahan.

Spark baharu cemerlang

Komitmen Farid sebagai Madi barangkali sedikit terganggu dek dua atau tiga kerja dalam satu masa.

Faham bahawa itu semua untuk membuktikan kredibilitinya sebagai seorang anak seni versatil, namun kerja dalam seni yang perlu diberikan pengkhususan.

Dari segi sinematografi, memandangkam filem ini menjalani penggambaran tiga tahun lalu dan selepas 16 tahun skripnya ‘diperam’, penulis sebenarnya mengharapkan ada sedikit kemajuan memandangkan tidaklah terlalu lama jurang penggambaran dengan tarikh tayang.

Kualiti gambar dan efek bunyi seperti sedikit ketinggalan kalau dibandingkan dengan teknologi filem yang ada di pawagam sekarang.

Aksi atau ‘stunt’ melibatkan motosikal juga tidaklah melambatkan pacuan adrenalin penulis, namun sedikit melambatkan entusiasme audiens di panggung.

Seperkara lagi yang positif tentang Remp-IT 2 adalah terjemahan watak Spark oleh Niezam Zaidi menggantikan pelakon ‘asal’ Zul Huzaimy.

Komitmen lakonan Niezam adalah antara perkara terbaik yang tercerna dalam sekuel ini.

Aksi, emosi dan lagak aksi Spark berada pada posisi cemerlang.

Usai meninggalkan panggung, karakter Spark dan Niezam adalah antara elemen yang berbekas dalam jiwa dan benak penulis.

Bagaimanapun, watak yang sebelum ini dipegang Julia Hana iaitu Ieka gagal dijayakan dengan cemerlang oleh penggantinya, Ahirine.

Lakonan Ahirine masih terlalu ‘hijau’ dan kaku serta memerlukan banyak kerja keras walaupun pelakon Gadis Jolobu itu sememangnya mempunyai potensi untuk diangkat sebagai pelapis pelakon wanita hebat masa depan.

Sungguhpun begitu, memandangkan Remp-It merupakan debut lakonan Ahirine, ini merupakan percubaan yang baik dan perlu terus dipergiatkan pada masa akan datang.

Ahirine mempunyai pakej, rupa dan fizikal seorang heroin cuma bakatnya perlu sentiasa diasah dari semasa ke semasa.

Kemunculan anak sulung Farid, Che Mat sebagai Muhammad juga menceriakan nuansa filem yang kadang-kadang sedikit lompong bergerak dari satu plot ke satu plot lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI