fbpx

PRU15: Pemilihan calon PH cetus rasa tidak puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sofee.

KULIM – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohamad Sofee Razak mengakui terdapat segelintir pimpinan cabang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berpuas hati apabila namanya diumumkan bertanding di kerusi itu.

Katanya, keputusan bagaimanapun telah dibuat oleh PH pusat dan beliau juga telah diumumkan sebagai calon pada proses penamaan calon di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di sini hari ini.

“Memang ada rasa tidak puas hati dalam kalangan beberapa pimpinan cabang yang sampaikan hasrat kepada parti tentang rasa tak puas hati.

“Parti memang akan meraikan sebarang pandangan atau cadangan, tetapi oleh kerana kerana parti sudah buat keputusan, maka teruskan seperti ditetapkan,” katanya selepas proses penamaan calon di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di sini hari ini.

Katanya, beliau yakin rasa tidak puas hati itu tidak akan menjejaskan undi kepadanya.

“Selepas ini kami akan menemui pihak yang tidak berpuas hati itu dan selesaikan perkara ini dengan baik. Kita akan damaikan dan jelaskan apa sepatutnya.

“Kita yakin mereka dan akar umbi akan bantu saya sepanjang kempen,” ujarnya.

Tambahnya, beliau akan berusaha keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PH di Padang Serai.

Mohamad Sofee yang juga Setiausaha PH Kedah menggantikan calon PH dan penyandang kerusi tersebut, mendiang M. Karupaiya, 69, yang meninggal dunia pada 16 November lalu akibat serangan jantung.

Beliau yang juga seorang peguam berdepan saingan enam penjuru melibatkan Datuk C. Sivarraajh daripada Barisan Nasional (BN); Datuk Azman Nasrudin daripada Perikatan Nasional (PN); Hamzah Abd. Rahman daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Dua lagi calon ialah Mohd. Bakhri Hashim tidak dari Parti Warisan (Warisan) dan calon bebas, Sreanandha Rao. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI