fbpx

Kedah setuju PRN serentak dengan lima negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (tiga dari kanan) mengiringi Azman (empat dari kanan) pada proses penamaan calon Parlimen Padang Serai di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim hari ini. - - Foto SHAHIR NOORDIN

KULIM – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bersetuju Pilihan Raya Negeri (PRN) dilakukan secara serentak dengan lima negeri lain.

Kata beliau, pihaknya terbuka untuk mengadakan rundingan mengenai perkara itu dengan negeri-negeri lain yang belum mengadakan pilihan raya.

“Kalau nak bagi jadi sekali, kita boleh runding dengan negeri-negeri lain yang belum mengadakan pilihan raya.

“Kita boleh runding contohnya dengan Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu. Saya rasa perkara ini bukanlah sulit untuk dipersetujui bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin pada proses penamaan calon bagi Parlimen Padang Serai di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di sini hari ini.

Kata Muhammad Sanusi, cadangan mengadakan PRN secara serentak itu perlu dipertimbangkan kerana ia adalah untuk kebaikan bersama.

“Kalau Pas pusat bersetuju dan kalau tak ada masalah bagi pihak negeri, saya fikir pilihan raya bersama itu lebih baik untuk beri peluang kepada semua orang untuk balik.

“Kalau cuti, boleh cuti serentak selain parti-parti yang bertanding juga boleh fokus kepada negeri masing-masing,” ujarnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan kerajaan negeri Pulau Pinang terbuka untuk berbincang dengan Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu bagi membolehkan PRN dijalankan secara serentak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI