fbpx

Cianjur berdepan bencana susulan akibat hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR dari udara menunjukkan pekerja menggunakan jentera berat untuk membersihkan tanah runtuh akibat gempa bumi di Cianjur, kelmarin. - AFP

JAKARTA – Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) memberi amaran bahawa Cianjur berdepan bencana alam terbaharu dalam beberapa minggu akan datang ketika ribut petir diramal melanda rantau itu.

Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati berkata, Indonesia sememangnya terdedah kepada kejadian tanah runtuh dan banjir kilat ketika musim hujan yang telah pun bermula dan dijangka mencapai kemuncak pada Disember ini di wilayah Jawa Barat.

“Kita perlu berwaspada terhadap risiko bencana alam kedua seperti tanah runtuh.

“Langkah segera yang perlu dilakukan adalah mengawal timbunan serpihan runtuhan dan tanah,” katanya.

Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Cianjur meningkat kepada 268 orang kelmarin, dengan lebih 150 mangsa dilaporkan masih hilang,

Kiraan BMKG bagi gegaran gempa susulan turut meningkat kepada 145, dengan kekuatan adalah pada skala 1.2 hingga 4.2 pada skala Richter.

Tanah runtuh yang mengiringi gempa cetek berukuran 5.6 pada skala Richter itu turut mengumbang kepada angka korban.

Kini, kebimbangan tercetus terhadap risiko bencana yang lebih buruk ketika hujan lebat mula melanda.

Menurut Dwikorita, keadaan sungai yang tersekat akibat tanah runtuh atau sisa runtuhan berisiko mewujudkan situasi sama seperti yang berlaku dalam gempa bumi di Pasaman Barat, Pulau Sumatera Februari lalu.

“Kita perlu segera membersihkan bahan dan sisa runtuhan yang menghalang laluan sungai di kawasan berbukit,” ujar beliau.

Februari lalu, satu kejadian gempa bumi di Pasaman Barat membunuh sebilangan orang dan menyebabkan tanah di kawasan itu tidak stabil serta terdedah kepada hujan, sekali gus menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh beberapa minggu kemudian. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI